SIAPAKAH ASMA' BINTI UMAIS
Ibn Katsir menulis di dalam kitabnya Bidayah wan Nahiyah beliau ialah Asma
binti Umais bin Maadd bin Tamin al Khatsamiyyah adalah isteri Khalifah
Abu Bakar ra yang sebelumnya diperisterikan oleh Jafar bin Abi Talib.
Dari perkahwinan dengan Jafar bin Abi Talib beliau melahirkan tiga putra yakni Abdullah, Muhammad dan Aunan.[ kitab Nisaa’ Haular Rasuul, karya Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi ]
Perkahwinan
dengan Abu Bakar ra beliau melahirkan Muhammad bin Abu Bakar ra.
Apabila Asma berkahwin dengan Ali ra, maka Muhammad bin Abu Bakar
menjadi anak tiri atau anak angkat kepada Ali ra.
Setelah Abu Bakar ra meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Ali bin Abi Talib , adek suaminya yang pertama.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini] Beliau adalah isteri ke enam bagi Ali ra.
Perkhwinan
dengan Ali melahirkan Yahya dan Muhammad al Ashgar.Ibn Katsir mengambil
riwayat ini dari Ibnul Kalbi. Bagaimanapun Ibn Katsir mengatakan al
Waqidi mengatakan “ Beliau memperoleh dua orang putra darinya, Yahya dan
Aun, adapun Muhammad al Ashghar berasal dari ummul walad[Ummul walad adalah hamba wanita]. Dalam hal ini kita dapati ada perselisihan pendapat penulis sejarah.
FITNAH PERIHAL RENGGANGNYA KELUARGA ABU BAKAR RA. DENGAN KELUARGA ALI RA.
Suatu
yang istimewa dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat
Sitti Fatimah r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan
setia dan melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.[Sejarah Hidup Imam Ali bin Abi Thalib r.a.Oleh H.M.H. Al Hamid Al Husaini]
Kalau demikian rapat hubungan Asma ra dengan
Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana
masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah
ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia. Jadi
bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali
ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah
dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a hanya
ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalh Imamnya – mungkinkah kematian
Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah
Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!
HIJRAH ASMA’ KE MADINAH
PERJALANAN
dari Habsyah ke Madinah terasa begitu lama. Rindu pada insan mulia,
anak saudara suaminya sendiri, membuak-buak di hatinya. Meskipun hidup
di Habsyah aman dan tenang di bawah pemerintahan Najasyi yang adil serta
terhindar daripada gangguan kafir Quraisy, hatinya tetap rindu bagi
bersama insan mulia dalam menegakkan agama Islam.
"Jauh
lagikah? Saya tidak sabar tiba di Madinah. Inilah yang saya harapkan
sekian lama;' kata Asma' binti Umais pada suaminya, Jaafar bin Abi Talib
yang mengetuai penghijrahan kaum Muslimin ke Habsyah.
"Insya-Allah tidak lama lagi;' jawab Jafar lirih.
Jaafar
memandang ketiga-tiga anaknya yang dilahirkan di Habsyah iaitu
Muhammad, Abdullah dan Aun. Mereka masih kecil dan belum mengerti apakah
yang sedang bergolak di hati ibu dan ayah mereka. Mereka belum tahu
erti perjuangan menegakkan agama Islam.
Namun,
di bawah didikan Rasulullah nanti, Jaafar mahu melihat mereka membesar
menjadi pejuang-pejuang agama yang memiliki iman yang kental. Jaafar kemudian menoleh pada isterinya. "Tidak sedihkah meninggalkan anak susuanmu Abdullah?" Jaafar cuba menduga hati Asma'. Asma'
termenung mendengar pertanyaan suaminya itu. Tujuh tahun lamanya dia
tinggal di Habsyah sesudah berhijrah ke sana bersama segelintir kaum
Muslimin yang lain demi menyelamatkan diri daripada gangguan kafir
Quraisy.
Selama
tujuh tahun, mereka begitu akrab dengan Najasyi yang begitu baik kepada
mereka. Selepas Najasyi masuk Islam di tangan Jaafar, Asma' mendapat
tempat yang istimewa dalam keluarga raja itu. Ini
terbukti apabila Najasyi menamakan puteranya nama yang serupa dengan
anaknya, Najasyi meminta Asma' menyusukan puteranya bersama-sama
anaknya.
"Abdullah
anak susuan saya dan bumi Habsyah tetap saya ingati. Namun, rindu saya
pada Rasulullah dan negara Islam Madinah, tidak ada tolak bandingnya;'
jawab Asma'.
Jaafar
terangguk-angguk mendengar kata-kata isterinya. "Saya mendapat khabar
Rasulullah sedang menunggu kepulangan kita. Beliau juga begitu merindui
kita semua kata Jaafar.
Selepas
menempuh perjalanan yang lama, akhimya rombongan mereka tiba di
Madinah. Ketika itu, kaum Muslimin sedang meraikan kemenangan mereka
mengalahkan kafir Quraisy dalam perang Khaibar.
"Allahu
akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!" Rasulullah dan kaum Muslimin
bertakbir memuji kebesaran Allah atas kemenangan mereka itu.
MUSLIMAH PILIHAN
Ketika itulah Jaafar dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah.
Sebaik sahaja beliau melihat Jaafar, beliau begitu gembira. Beliau segera memeluk Jaafar dan mencium dahinya.
"Demi
Allah, aku tidak tahu mana yang lebih menggembirakan diriku, kedatangan
Jaafar atau kemenangan Khaibar kata Rasulullah kepada seluruh hadirin.
Asma' dan Jaafar tinggal di Madinah dengan penuh bahagia di samping menimba ilmu yang berharga daripada Rasulullah.
"Isteriku,
saya telah mendapat perintah daripada Rasulullah supaya berangkat ke
Syam memerangi tentera Byzantine;' ujar Jaafar kepada Asma' pada suatu
hari.
"Siapakah yang memimpin tentera Muslimin?" soal Asma'.
"Zaid
bin Harisah. Akan tetapi, sekiranya dia syahid, sayalah yang
menggantikan tempatnya jawab Jaafar, "Pergilah suamiku. Semoga Allah
memberi kemenangan ke atas kaum Muslimin” kata Asma' kepada suaminya.
Seluruh
umat Islam temanti-nanti kepulangan kaum Muslimin. Belum ada khabar
berita sama ada kaum Muslim memperoleh kemenangan atau sebaliknya.
Hati
Asma' bergetar apabila Rasulullah datang ke rumahnya. Rasulullah
mendekati ketiga-tiga anak Asma', lalu mencium mereka dengan , mata
berlinangan.
"Wahai
Rasulullah, apakah yang membuatkan anda menangis? Adakah anda telah
mendapat khabar tentang Jaafar dan sahabat-sahabatnya?" soal Asma'.
"Benar, dia telah gugur syahid hari ini” jawab Rasulullah ringkas.
Mendengar
jawapan Rasulullah itu, Asma' tidak dapat menahan rasa sedihnya. Dia
menangis teresak-esak di samping anak-anaknya. Namun, dia tetap sabar
demi mengharapkan reda Allah .
ASMA’ MENJADI ISTERI ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Tidak
lama sesudah itu, Asma' berkahwin dengan Abu Bakar as-Siddiq selepas
isteri beliau, Ummu Rumaan meninggaI. Asma' terus setia di samping Abu
Bakar, sehingga beliau dilantik menjadi khalifah selepas Rasulullah
wafat. Asma' juga bersabar ketika menghadapi saat-saat Abu Bakar sakit
kuat. "Asma',
apabila aku meninggal dunia, mandikanlah jasadku. Dan bukalah puasamu
agar dirimu lebih kuat:” pesan Abu Bakar apabila dia merasakan maut
semakin menghampirinya. "Baiklah:” jawab Asma' sambil matanya tidak lepas memandang suaminya yang berada di ambang sakaratul maut. Tidak lama kemudian, lnnalillahi wainna ilaihirojiun. Asma' berasa sedih dengan kematian Abu Bakar. Namun begitu, dia segera menunaikan wasiat Abu Bakar agar memandikan jenazahnya.
Asma'
kembali bersendirian membesarkan anak-anaknya. Dia mendidik mereka
dengan memohon kepada Allah agar memperbaiki anak-anaknya sehingga
mereka akhirnya menjadi imam bagi orang-orang bertakwa.
ASMA’ MENJADI ISTERI ALI BIN ABI TALIB
Sedih
yang dialami oleh Asma' segera diubati oleh Ali bin Abi Talib. Beliau
datang meminang Asma' selepas Fatimah az-Zahra meninggal. Ketika
Ali bin Abi Talib dilantik sebagai khalifah yang keempat, Asma' turut
memikul tanggungjawab sebagai isteri khalifah bagi kaum muslimin dalam
menghadapi peristiwa-peristiwa besar. Demikianlah
Asma' binti Umais, wanita yang menjadi pendamping kepada tiga pemimpin
besar kaum Muslimin iaitu Jaafar bin Abi Talib, Abu Bakar bin Siddiq dan
Ali bin Abi Talib. Semoga Allah merahmatinya.
Asma' amat mencintai ketiga-tiga suaminya. Katanya, "Aku
tidak melihat seorang pemuda daripada bangsa Arab yang lebih baik
daripada Jaafar, dan aku tidak melihat seorang setengah baya yang lebih
baik daripada Abu Bakar, dan Ali tidak kurang kebaikannya dibandingkan
kedua-duanya".